Thursday, May 21, 2009

Doktor melayu boleh kesan kenser pada peringkat awal

Dambar dari laman web UPM

Seorang Doktor melayu, Dr. M. Iqbal Saripan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh mengesan kanser pada peringkat awal dengan menggunakan mesin yang beliau cipta. Beliau adalah seorang Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi UPM. Beliau telah berjaya mencipta komponen baru atau pengkolimat dalam mesin pengimejan nuklear yang boleh mengesan sel kanser pada peringkat awal.

Syabas kepada beliau. Seperti yang kita sedia maklum, kanser penyakit yang membawa maut. Pada masa ini kanser hanya dapat di kesan pada ketika yang agak lewat. Lebih cepat sesuatu kanser itu di kesan, lebih besar peluang untuk menhapuskannya.

Kejayaan ini membuktikan memang orang melayu boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain. Inilah contoh yang patut kita ikuti. Beliau begitu fokus dengan kajian beliau walaupun memakan masa tujuh tahun. Lama tujuh tahun tu…bukan calang-calang orang yang mempunyai azam dan tekad seperti beliau.

Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah.

1. Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.

2. Kalau kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah akan menolong kita.

3. Fokus itu sangat penting dalam melakukan sesuatu kerja....ini memang kelemahan orang melayu...nampak orang buat tu dia pun sibuk nak buat...main...main ikut-ikut aje.

4. Yang penting sekali kita sebagai orang melayu jangan ada rasa rendah diri.

Untuk lebih lanjut bolehlah baca di laman web UPM

Tuesday, May 19, 2009

Bapa Kemerdekaan Malaysia adalah Orang Melayu

Malaysia telah mengistiharkan kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957 hasil dari persepakatan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang terdapat di Malaysia.

Persepakatan ini telah di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang kemudiannya di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau seterunya di kenali sebagai Bapa Kemerdekaan.

Siapakah Tunku Abdul Rahman ini? OK, di sini saya ingin memberi sedikit info tentang beliau.

1. Dilahirkan pada 8hb Februari 1903, di Istama Pelamin Alor Star, Kedah.

2. Anak lelaki ke 7 dan anak ke 20 Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sultan Kedah yang ke 24.

3. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Melayu di Jalan Baharu pada tahun 1909.

4. Kemudian berpindah kesekolah kerajaan English di Alor Star.

5. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seri dan beluai merupakan pelajar petama dari Kedah yang belajar di UK.

6. Pekerjaan pertama adalah sebagai Pegawai Daerah Kulim dan Sungai Petani.

7. Sambung belajar dalam bidang undang-undang di UK, tetapi terpaksa berhenti kerana perang dunia ke dua.

8. Mula aktif dalam politik apabila bertugas di Kuala Lumpur sebagai Deputy Public Prosecutor.

9. Pada tahun 1954 beliau telah mengetuai rombongan ke London bagi mendapatkan kemerdekaan tetapi tidah berhasil.

10. Beliau telah menubuhkan perikatan dengan MCA dan kemudiannya dengan MIC. Seterusnya memenangi pilihar raya persekutuan yang pertama. Lalu dilantik sebagai ketua Menteri.

11. 1955, sekali lagi ke London untuk berbincang mengenai kemerdekaan tanah melayu dan 31 Ogos 1957 telah di pilih sebagai tarih keramat iaitu tarikah kemerdekaan.

12. Mengetuai laungan “Merdeka” pada 31 Ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman telah meninggal dunia pada 6 December 1990 pada usia 87 tahun dan telah di kebumikan di Makam di Raja Langgar di Alor Star.
Itulah sedikit sebanyak maklumat tentang Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang membuktikan bahawa bangsa melayu boleh menjadi pemimpim yang di segani.

Monday, May 18, 2009

Semangat Melayu Boleh

Zahra Masoumah Abdul Halim ( Gambar dari The Star )

Jika dalam post sebelum ini saya memperkatakan tentang kejayaan remaja melayu iaitu Siti Safiyah Abdul Rahman dan Nur Ayuni Farhana di peringkat antarabangsa, kali ini pula kisah seorang remaja perempuan melayu, bernama Zahra Masoumah Abdul Halim 17 tahun yang bercita-cita untuk berenang melintasi selat Inggeris yang sejuk itu..

Saya tergamam juga apabila mendengan berita itu di TV3 malam tadi...seolah-olah tidak percaya ada anak melayu...perempuan pula...belasan tahun...ingin berenang menyeberangi selat Inggeris.

Dari tergamam timbul pula rasa bangga dan gembira. Ye lah mana taknya, ada remaja melayu yang berjiwa besar dan bersemangat tinggi. Ini lah yang dikatakan melayu boleh
Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan Zahra dalam mencapai hasrat beliau.

Berita lanjut boleh la di baca di sini

Friday, May 15, 2009

Orang Melayu Boleh Jadi Juara Lumba Basikal

Tahniah kepada pelumba basikal negara Azizul Hasni Awang yang berbangsa melayu dan berasal dari Terengganu kerana berjaya memenangi pingat perak dalam acara pecut dalam kejohanan dunia di Poland pada bulan Mac yang lepas.

Kemenangan itu bukan sahaja berjaya mengharumkan nama malaysia malah membuktikan orang melayu boleh bersaing di peringkat antarabangsa dengan peserta yang lebih besar badannya dari Azizul.

Berbagai hadiah dalam bentuk wang ringgit telah di terima Azizul, diharapkan Azizul Hasni tidak lupa diri dan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi beliau. Dan setelah berehat selama 5 minggu, dua hari lepas beliau telah kembali ke Melbourne untuk menyambung latihan di bawah bimbingan jurulatih John Beasley.

Dan satu perkara yang menarik adalah Azizul akan sambung belajar dalam bidang Commerce di Universiti Deakin. Bangga sungguh dengan anak melayu sorang nie.

Walaupun hanya berusai 21 tahun, tetapi Azizul mempunyai azam yang sangat tinggi...macam nie la yang di katakan melayu boleh. Beliau juga yakin dapat mengimbangi antara belajar dan lumba basikal.

Kita berharap Azizul Hasni Awang dapat mencapai cita-citanya untuk berjaya sebagai Juara dunia serta juara olimpik dan juga berjaya dalam pelajaran...Amin. Sesungguhnya Azizul adalah contoh melayu boleh yang patut kita semua contohi.

Thursday, May 14, 2009

Melayu Peluk Babi

Melayu peluk babi: begitulah tajuk di muka depan sebuah akhbar harian hari ini yang di laporkan oleh wartawannya Kasdi Ali. Apa dah jadi dengan orang melayu sekarang? … tak kan lah di sebabkan slogan melayu boleh jadi kita nak buat apa saya tanpa mengira halal atau haram.

Cerita ini berlaku di Taiping, Perak yang mana disebabkan cetek pengetahuan agama dan berpegang kepada kepercayaan khurafat menyebabkan segelintir orang melayu yang beragama Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera….

Perbuatan jahil di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka di Taiping. Kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.

Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu program saluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikan pertambahan pengunjungnya saban hari.

Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Apa yang kita perlu lakukan dalam kes ini?

1. Jabatan agama Islam perlu mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan tangkapan jika perlu.

2. Penduduk melayu yang beragama Islam di sekitar Taiping perlu menasihati orang melayu yang datang berkunjung ke situ supaya bertaubat.

3. Kita juga perlu menasihati kawan-kawan kita sekiranya kita tahu ada yang ingin kesana untuk mencuba nasib.

Sesungguhnya ini bukanlah melayu boleh yang kita inginkan.


Berita lanjut boleh di baca di sini

Tuesday, May 12, 2009

Melayu Boleh - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Tahniah di ucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ,58,yang telah di beri award Tokoh Melayu Terbilang pada majlis sambutan ulang tahun penubuhan UMNO yang ke 63 di PWTC baru-baru ini.

Beliau telah menerima award tersebut dari President UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Award ini di berikan atas sumbangan beliau kepada dunia perniagaan di Malaysia dan juga kepada masyarakat.

Seperti yang kita ketahui Tan Sri Syed Mokhtar pada masa ini adalah orang melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau terlibat dalam berbagai bidang perniagaan antaranya;

1. Pengankutan dan logistic.
2. Operasi pelabuhan.
3. Perladangan.
4. Pembangunan hartanah.
5. Peralatan ketenteraan
6. Kejuteraan.
7. Power generation.

Saya boleh katakan beliau adalah antara orang melayu yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, terutamanya kepada masyarakat melayu. Antaranya ialah;

1. Beliau tekah menubuhkan Yayasan Albukhary yang bertanggungjawab kepada operasi Hospital Albukhary dan Pusat Dialysis, serta rumah anak yatim dan pusat penjagaan orang-orang tua.
2. Menerajui penubuhan Universiti Antarabangsa Albukhary yang mana pengambilan pertama akan di lakukan pada 2010.
3. Membina Muzium Kesenian Islam. Yang mana ianya merupakan Muzium kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara.

Melihat kepada sumbangan-sumbangan beliau yang begitu besar kepada masyarakat, saya merasa bangga menjadi anak melayu. Ia nya sangat sesuai dengan slogan melayu boleh. Ini lah sikap yang kita perlukan dari orang-orang melayu samada dari golongan pemerintah, usahawan dan juga para pekerja.

Oh ya, antara syarikat-syarikat besar yang beliau terajui adalah DRB-Hicom Bhd dan Malaysia Mining Corporation.

Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari Tan Sri Mokhtar Albukhary.

1. Kita orang melayu boleh berjaya dalam bidang perniagaan.
2. Kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mengikuti jejak beliau.
3. Kita perlu memdidik anak-anak kita sepaya menjadi seperti beliau.

Jumpa lagi

Monday, May 4, 2009

Gadis melayu menang pingat di kejohanan antarabangsa.

Syabas di ucapkan kepada Siti Safiyah Abdul Rahman dan Nur Ayuni Farhana, 2 gadis melayu belasan tahun yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan masing-masing telah memenangi kejohanan bowling World Ranking Masters di Naples, Itali dan International Junior Shooting Championship di City of Sulh Germany. Sesungguhnya kejayaan ini amat sesuai dengan slogan melayu boleh.


Ada beberpa perkara menarik yang dapat saya nyatakan disini.

1. Siti Safiyah dan Nur Ayuni hanya berusia 18 tahun, dapat mengalahkan pemain-pemain yang lebih berpengalaman dari beliau.
2. Siti sanggup mengeluarkan duit poket sendiri RM7000.00 untuk menyertai kejohanan tersebut.
3. Pemain bowling termuda yang memenangi kejohanan World Ranking Masters.
4. Menunjukkan orang Malaysia bukan lagi ‘jaguh kampong’.
5. Menunjukkan gadis melayu pun boleh memberi sumbangan kepada Negara.
6. Nur Ayuni hanya kurang tiga mata untuk memperolehi ‘perfect score’

Berita-berita sebegini memang mengembirakan kita kerana nama Malaysia terus tercatat antara Negara yang mampu memenangi kejohanan bertaraf dunia dan juga membuktikan yang wanita melayu boleh bersaing dengan wanita dari Negara-negara lain.

Di harapkan kedua-duan nya terus berusaha meningkatkan prestasi dan lebih banyak kejayaan akan di perolehi.

Sunday, May 3, 2009

Kisah Melayu Boleh

Salam Sejahtera,

Blog Kisah Melayu Boleh ini di buat bagi menyertai pertandingan SEO yang di kendalikan oleh Saudara Inspiration di forum Jombincang.

Saya bukan lah pandai pasal SEO ini :) baru nak belajar, tapi tertarik dengan tujuan Inspiration iaitu "memberi image yang baik terhadap site-site yang tesenarai di top 10 google.com."

Kalau kita melakukan search melayu boleh, hasilnya adalah laman web atau blog yang berkaitan dengan SEX.

Jadi dengan adanya pertandingan ini saya percaya kita dapat sedikit sebanyak mengubah hasil carian untuk melayu boleh di Google. Tahniah Inspiration atas usaha anda dan semoga matlamat kita semua tercapai...InsyaAllah.