Thursday, May 14, 2009

Melayu Peluk Babi

Melayu peluk babi: begitulah tajuk di muka depan sebuah akhbar harian hari ini yang di laporkan oleh wartawannya Kasdi Ali. Apa dah jadi dengan orang melayu sekarang? … tak kan lah di sebabkan slogan melayu boleh jadi kita nak buat apa saya tanpa mengira halal atau haram.

Cerita ini berlaku di Taiping, Perak yang mana disebabkan cetek pengetahuan agama dan berpegang kepada kepercayaan khurafat menyebabkan segelintir orang melayu yang beragama Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera….

Perbuatan jahil di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka di Taiping. Kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.

Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu program saluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikan pertambahan pengunjungnya saban hari.

Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Apa yang kita perlu lakukan dalam kes ini?

1. Jabatan agama Islam perlu mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan tangkapan jika perlu.

2. Penduduk melayu yang beragama Islam di sekitar Taiping perlu menasihati orang melayu yang datang berkunjung ke situ supaya bertaubat.

3. Kita juga perlu menasihati kawan-kawan kita sekiranya kita tahu ada yang ingin kesana untuk mencuba nasib.

Sesungguhnya ini bukanlah melayu boleh yang kita inginkan.


Berita lanjut boleh di baca di sini

No comments:

Post a Comment